Wednesday, 17 December 2014

jatuh.... bangun semula

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.

'adik, hati-hati main..kalau jatuh bangun semula..'
'cu, main elok-elok, nanti kalu jatuh bangun sendiri taw.'
ni ayat-ayat yang sering kita dengar.
ni ayat-ayat yang dipesan ibuayah, nenek atok kepada orang yang mereka sayangi..





hakikat kehidupan, jatuh itu biasa, bangun itu yang menjadi luar biasa. 
bangun dalam erti kata apa?
bangun dalam meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan semakin baik. 

andai suatu hari nanti kamu jatuh..
tolonglah diri mu untuk bangkit, 
bangun semula, bangun sendiri,
jangan menunggu orang lain membantu mu,,
kerana belum tentu ada yang sudi, belum tentu ada yang peduli.
andai kita masih terjatuh,,usaha lagi dan lagi, 
jangan mudah  berputus asa..
kerana Allah sedang menduga..dan Dia tahu kemampuan kita..
andai kamu tidak mampu untuk bangun dan berdiri sendiri demi meneruskan langkah mu.. 
minta dan pohonlah kekuatan daripada Allah kerana hanya Dia sahaja yang Maha Memberi dan Dia lah yang Maha Kuat.

andai suatu hari nanti, tiada lagi insan disisi..
jangan lah kamu membuang diri,
jangan lah kamu bersedih hati,
kerana Allah masih lagi ada dan sentiasa ada bersama kita setiap hari,,
Allah tidak akan meninggalkan hambanya yang sentiasa mengingati-Nya..
Allah maha Pengasih dan Allah maha Penyayang.
kasih Allah itu lebih bermakna daripada segalanya.

buktikan pada dunia, 
walau sebesar mana pun dugaan mendatang. 
kamu punya Allah yang Maha Besar dan punya segalanya. 
buktikan pada semua kamu mampu berdikari..



jatuh sekali tidak bermakna gagal selamanya,
orang yang jatuh, tidak gagal selagi dia berusaha untuk bangun.
orang yang gagal adalah orang yang tidak berusaha untuk bangun.



.: Allah tidak akan menguji hambanya diluar batas kemampuannya ^_^ :.

Thursday, 11 December 2014

cinta itu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.

Apa itu ukhwah?
Bagaimana dengan ukhwah kita?
Ada apa pada ukhwah, sehingga ada yang mengaanggap ianya terlalu penting.



Ukhwah itu, ia sinonim dengan cinta dan kasih sayang..
tanpa cinta, ukhwah yang tercipta tidak tersimpul erat..
Ukhwah tanpa pemahaman dan penghayatan tidak ada erti..
Rukun usrah selalu di perdengarkan..
Taaruf, tafahum dan takaful..
Kenal, Faham dan saling memerlukan..
Perlu difahami dan di aplikasi

Sahabat itu seumpama pelengkap kehidupan..
Sahabat itu, separuh dari semangat kehidupan..
Seseorang tanpa sahabat,hidupnya pasti tak bermakna..

Fahamkah kau akan erti kenal atau mengenali?
“Jika tidak kenal maka tidak cinta..” - pepatah melayu

Aku punya ramai kawan dan teman..
Namun tidak semua mengenaliku..
Dan tidak semua juga aku kenali...
Hanya sebilangan kecil sahaja kenal aku..
Mengenali yang bagaimana?
Dia sahabat yang memahami aku..
Tahu kelemahan aku..
Tahu kekuatan aku..
Tahu sikap aku..
Tahu jaga hati aku..
Tahu menasihatiku..
Tahu manjakan aku..
Tahu apa yang aku suka dan tidak..
Tahu hormati aku..
Dan menerima aku yang sangat kasar ini..

Pernah aku marah..
menengking dan menegur dia dengan kasar..
kesannya, aku yang terasa sakit..
kerana menyakiti orang yang aku sayangi..
puas dipujuk, akhirnya kami bersama semula..
kerana ukhwah ku kerana Allah.

kau sahabatku..kau jepun ku..
Pasti aku terharu mengingatimu..
tidak ku sangka, si pendiam itu, si pemendam iitu, seorang yang berilmu itu,
suka bersahabat dengan diri ini yang masih jahil..
Dan kau anggap aku sahabat baikmu..
Aku sungguh terharu..

Sahabat dan kawan itu sangat berbeza bukan?
Sahabat pasti faham kita dan penenang hati kita..
Sahabat itu kita percayai untuk meluah segala masalah..
kawan tidak faham kita, tapi tetap kita dapat bersamanya..
Dan menerima nasihatnya..

Kenallah sahabat kita itu..
Fahamilah dia, pasti setiap kata-kata kita terhadapnya tidak akan mengguris hatinya..
Pasti dia akan menganggap kita sangat memerlukan dia dalam hidup

Kenal, Faham, pasti erat…
Ukhwah sangat memerlukan cinta..
Semoga ukhwah kita semakin erat..
dan kau juga sahabat aku yang selalu bersama aku..
Kerana setia menemani setiap bait kata-kataku..


.: akusayangcintakamusahabatku, kerana Allah :.

buku oh buku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.

SAHABAT...
APA ERTI SAHABAT?
BAGAIMANA KITA MENJAGA SAHABAT?

...................................................................................................................................................................

'nah, ni hadiah untuk kamu.'
ayat ini menemukan aku dengan sebuah buku...

Baru membaca mukadimahnya, tapi aku sudah jatuh cinta.
Baru membelek beberapa muka surat, tapi rinduku mula membara.
Baru beberapa helaian, ah..cukup mempersona..
buku itu sentiasa dalam dakapan ku.. 



Dalam dekapan ukhwah, kita mengambil cinta dari langit,
Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di syurga menara-
menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.
Mari membangunnya dari sini, dalam dekapan ukhwah...


...tapi kini, apa yang terjadi. 
...moga kita sentiasa macam dulu
...aku merindui kamu..


p/s: maafkan aku sahabat, kerana aku hanyalah insan yang lemah.

Friday, 5 December 2014

Aku mampu kerana Allah bersama ku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.


kaki melangkah perlahan, bukan kerana letih, bukan kerana sedih. Tapi kerana dia baru bangkit dari jatuh tersadung. tersembam menyembah bumi. dia berusaha bangun, walau tiada siapa yang membantu, kerana dia tahu, Allah bersamanya.
Semakin hari, dirinya makin susah ketawa riang, makin payah berbual lapang. Dia dengan dirinya, menjadi senyap mengumpul kekuatan diri.


Melihat manusia lain gembira, dia sering terfikir, "itu cara mereka, kau ada kebahagian kau sendiri."
dan dia sering berbisik untuk dirinya, kau kene kuat kerana Allah bersamu kau. Kau kene yakin, bahawa janji Allah itu pasti.



"Allah tidak meberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat) olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Doa mereka ialah) Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak berdaya memikulnya. Maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah : ayat 286)




Wednesday, 19 November 2014

SITI FATIMAH RA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.

Dalam kehidupan seharian kita,
siapa yang paling kita ingat?
siapa yang paling kita rapat?
siapa yang kita sayang?
siapa yang boleh mempengaruhi diri kita?
**sama2 fikir, sama2 lihat
semua insan dalam dunia ni, punyai insan kesayangan, punyai role model, punyai insan impian dan sudah tentunya, insan itu sangat mempengaruhi kehidupan kita..


...................................................................................................................................................................

ini sebuah kisah buat kita semua....  


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Terhibur hatinya, tersenyumlah baginda.

Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi dan disayangi oleh junjungan Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan isterinya yang sangat dicintai, Siti Khadijah.

Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat. Kekasih hati dan kesayangan Baginda.

Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan. Bukan juga yang menjanjikan kekayaan harta dunia. Ini  kerana Saidina Ali merupakan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikapnya, dia seorang yang sangat patuh dan menyenangkan.

Sentiasa tersenyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.

Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, Sayyidina Ali memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah. Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.

"Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya

Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.

Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.

Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.

Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah SAW bersabda :

"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya

Tuesday, 11 November 2014

JIWA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.


JIWA....

IMAN...

UKHWAH...

Apakah kaitan antara 3 perkataan diatas?
Apakah yeng tergambar dalam kotak minda kita dek kerana menyebut 3 perkara ini...

Aku bahagia, gembira dan bersyukur mempunyai sahabat.
Jiwa ku menjadi tenang dan lapang.

Bukanlah sahabat itu orang yang sentiasa mengisi kekosongan jiwa.

Namun, sahabat yang solehah itu sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, meskipun tidak semestinya dengan kata-katanya, walau dengan hanya melihat wajahnya sahaja.

Kekosongan jiwa hanya boleh diisi dengan iman.
Ya, iman punya banyak cabangnya. Salah satu cabang iman ialah...(cuba untuk fikirkan?)

Ukhuwah itu sebahagian daripada iman, bukan?
Jadi, ukhuwah itu sendiri melengkapkan lompang-lompang yang ada dalam jiwa kita.

Oleh sebab itu, orang yang berbicara atas nama ukhuwah, namun gagal mewujudkan dalam praktikal pergaulanya dengan sahabat, maka itu bukanlah ukhuwah.

Yang harus kita rasai adalah sahabat kita itu pelengkap jiwa kita. Mana mungkin jika dia pelengkap jiwa, dia akan kita sakiti.

Ukhuwah itu sebenarnya, jalan menuju syurga.

Jadi, agak tidak adil andai ia dicemari dengan sangkaan-sangkaan buruk, hasad dengki dan sebagainya, yang menunjukkan jalan ke neraka.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah di antara keduanya dan bertakwalah kepada Allah moga-moga kamu beroleh rahmat”

Ukhuwah itu ada hubungan dengan IMAN
Ukhuwah itu ada kaitan dengan TAKWA
Ianya, bukan urusan kecil, kerana ianya merupakan rahmat Allah yang besar. Rahmat yang akan membawa ke syurga.
Memelihara dan menjaga ukhuwah itu perlu kerana ianya sama menjaga nikmat dan rahmat dari Allah.

Makanya, marilah sama-sama menjaga ukhuwah yang terbina sebaiknya, moga ia menjadi slaah satu sebab kita ke syurga.


Wallahu'alam...

Friday, 7 November 2014

DIAM KU KERANA....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH
SELAWAT DAN SALAM ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW, AHLI KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA.
KETENTUAN DAN KETETAPAN UNTUK DIRI KITA MANUSIA, SEMUANYA AKAN DISOAL SUATU MASA NANTI, BERSEDIAKAH KITA.?

diam ku kerana?
diam ku mengumpul kekuatan
diam ku belajar memaafkan
yang aku pasti,
diam ku bukan kerana aku kalah,
namun aku pasrah
aku juga pasti,
diam ku bukan kerana membenci
tetapi mengumpul kemaafan dihati.


Ketika kita mengeluh : “Ah, tak mungkin la..”
Allah SWT menjawab : “Jika AKU menghendaki,cukup Ku berkata “Jadi”,maka jadilah"

Ketika kita mengeluh : “Beratnya dugaan ni, beratnya ujian ini,dah x sanggup dah..”
Allah SWT menjawab : “AKU tidak membebani seseorang,melainkan sesuai kesanggupan”

Ketika kita mengeluh : “serabutnya,serabut,serabut...”
Allah SWT menjawab : “Hanya dengan mengingatKu hati akn menjadi tenang”

Ketika kita mengeluh : “aku sedihh sangat...”
Allah SWT menjawab : “La Tahzan,Innallaha Ma’ana.Janganlah kamu berduka cita,sesungguhnya Allah bersama dengan kita"

Sesungguhnya Allah S.W.T tahu hatimu perit menahan luka..
Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta..
Namun bukan kerana DIA tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya..
Tetapi sebenarnya DIA sedang memberikanmu yang terbaik..
walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari..
Bukan senang untuk redha dan pasrah..
Hati perlu kuat dan tabah..
Yang pasti, "setiap yang berlaku ada hikmah"



~pasak teguhkan akidah mu, untuk terus mencari keredhaan Dia~






Wednesday, 5 November 2014

suka

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat Alhamdulillah syukur atas segala nikmat, Alhamdulillah syukur untuk segala ketentuan ujian. sungguh, ujian dan nikmat tanda sayang pencipta kepada hambaNya.

ramai individu atas muka bumi ni, punya lagu kegemaran,
ini bukan lagu kegemaran ku
tapi, ini lagu yang ditujukan khas buat insan istimewa itu,
syg, lagu ni untuk kamu...
sahabat ku, aku sayang kamu

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.

Wednesday, 29 October 2014

BICARA KESAKITAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat dan Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai.
Alhamdulillah syukur untuk segala ketentuan nikmat dan ujian dariNya. Sesungguhnya tiada perkara yang terjadi untuk sia-sia.


sakit itu nikmat
sakit itu rahmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu


"Tidaklah seorang muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Sakit bukanlah satu penderaan kepada setiap umat manusia. Bahkan kesakitan atau musibah itu merupakan satu nikmat oleh Allah untuk membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda sama ada yang kita lakukan dalam sedar mahupun tidak sedar.

SAKIT TANDA TEGURAN DARI ALLAH

Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

Sakit, mampu menjadikan kita sentiasa beringat,seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.

Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Percayalah, akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)



~bukan mudah untuk tadabbur sakit itu nikmat yang harus disyukuri~




Friday, 24 October 2014

RINDU ITU NIKMAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. 
Selawat dan Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli kelurga, dan para sahabat.
Alhamdulillah syukur untuk segala ketentuan dan ketetapan nikmat dan ujian dari Dia. Sesungguhnya, segala-gala yang diberikan tanda kasih dan sayangkepada semua hambaNya, kerana Allah itu Maha Pengasih



rindu itu nikmat
rindu itu anugerah
rindu itu juga ujian
sejauh mana syukur kita 
kepada Tuhan yang memberi
rasa rindu...
dan hakikatnya, rindu itu bahagia


Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik 
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat, Kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara
Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untukku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang esa

Duhai sahabat, 
Dengarkanlah bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan 
Hingga ke titisan darah terakhir

Dan... aku masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku... terus menanti
Saat yang manis kan berulang kembali
SAHABAT..


~Moga ukhwah kita hingga ke syurga, diiringi redha ALLAH SWT.. ~


DARI SANG PENCINTA

Dengan nama Allah yang Maha Pemrurah lagi Maha Pengasih.
Selawat dan Salam ke atas imam kami yang mulia Nabi Muhammad SAW, ahlul bait dan para sahabat sekaliannya.
Alhamdulillah syukur untuk segala ketentuan nikmat dan ujian dariNya. sesungguhnya setiap perkara itu terjadi dengan izin dari Nya.


Ketika orang lain bergantung pada dunia,
gantungkanlah dirimu hanya kepada Allah.

Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia,
jadikanlah dirimu gembira kerana Allah.

Ketika orang lain merasa gembira dengn kekasih-kekasih mereka,
jadikanlah dirimu merasa bahagia dengan Allah.

Dan ketika orang lain pergi
menghadap raja-raja dan pembesar-pembesar mereka
untuk mengais harta dan mencintai mereka,
jadikanlah dirimu betul-betul mencintai Allah.

_Ibnul Qayyim rahimallah_




Thursday, 23 October 2014

S.A.H.A.B.A.T.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. 
Selawat Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat..
Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ujian dari Dia,.


'Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah nikmat memliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.'_saidina Umar Al Khattab_

 Ada sahabat di dunia ini yang bila kita bersama dengannya, dia seringkali mengingatkan kita untuk lebih dekat dengan Allah. Mulutnya mungkin tidak pernah berbunyi atau berbicara tentang Allah di depan kita, namun amal dan akhlaknya menjadi bicara yang paling mengesani hati kita. Melihat dirinya, membuatkan kita merasa perlu segera bertaubat dan mengubah diri kita. Bergaul dengan dirinya membuatkan kita terasa perlu lebih membaiki sikap dan akhlak kita. Ternampak dirinya melakukan kebaikan, sudah menyebabkan kita terdorong untuk ikut sama melakukannya.
Inilah ciri sahabat yang sebenar, yang mampu menjadi cerminan kepada sahabatnya yang lain walaupun tanpa berbicara.

“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara …” [Al-Hujurat :10]

siapa kita pada sahabat kita?

seringkali bila ditanya, mahukah kamu punya sahabat?
manusia yang normal, pasti menjawab mahu punya sahabat yang baik, yang sejati, yang boleh membantu, yang semuanya baik-baik...
tapi bagaimana boleh punya sahabat begitu?
pasti ada yang menjawab, carilah sahabat maka kamu punya sahabat,...
namun, manusia sering silap..meminta dan mahu menerima..tanpa memberi atau menghulur
adilkah?

jika kita mahu punya sahabat sejatim sahabat yang baik, sahabat penyayang...makanya, ia bermula dari kita. andai diri mahu yang baik, maka jadilah terlebih dahulu yang baik itu.. 


~perjalanan seseorang itu, perlu berteman~

Tuesday, 21 October 2014

dia...'jepun saya'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Selawat Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga, dan para sahabat..
Alhamdulillah syukur untuk segala ketentuan nikmat dan ujian dariNya. sesungguhnya segalanya tanda kasih dan sayang Dia kepada kita semua. 

dia...'jepun saya'


siapa dia?
dia yang bergelar sahabat sejati, sahabat kesayangan...
kenapa jepun saya?
sebab dia comel dan tersangat istimewa...

sahabat, 
hadirmu memberi beribu erti dalam hidupku...
hanya aku dan penciptaku sahaja yang tahu...
sahabat, 
andai ditanya, apakah permintaan ku tika ini, 
jawapannya, aku ingin..ingin ketemu kamu..
sungguh, rasa rindu ini membengkak...
sahabat,
aku sayang kamu..
jangan pernah rasa diri mu teruk, 
kerana segalanya mengenai kamu, 
akan aku terima...
kerana,..
aku sayang kamu kerana Allah..
moga Allah kasihkan kita untuk persahabatan ini. 



sahabat itu bukan bayang-bayang, yang selalu saja ada denganmu...dimana sahaja kamu melangkah....
tapi...hakikatnya, sahabat itu umpama kasih sayang...
tiada kasih, maka tiadalah sayang....


terima kasih sudi jadi jepun saya...

#menanti beberapa hari lagi untuk sebuah pertemuan..
#rindu itu sakit yang bukan semua orang dapat rasa....


~ingin ada sahabat, kita perlu jadi sahabat~ 

Friday, 17 October 2014

BLOG BERSAWANG....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH...
SELAWAT DAN SALAM ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW, AHLI KELUARGA, PARA SAHABAT, DAN SELURUH UMAT ISLAM.
ALHAMDULILLAH SYUKUR UNTUK SEGALA KETENTUAN NIKMAT DAN UJIAN DARINYA..


berbulan diam sepi, tiada entri tidak bermakna diri bosan untuk menulis, cuma kekangan masa dan diri sendiri membuatkan blog ni bersawang. bukan setakat sawang melekat, habis segalanya berhabuk. dek kerana ingin mencapai impian dan menunaikan janji, blog ini perlu di senyapkan sementara waktu...hehehe, apakah impian itu?apakah pulak janji itu?janji pada siapa???

impian ku, memenuhi permintaan emak tercinta dan abah tersayang...apa permintaan tu? permintaan untuk aku punya pelajaran selagi mampu. dan janji itu, telah termetrai sebelum abah pergi dari dunia ni. Alhamdulillah, aku GOT dan aku punya degree...kini bergelar graduan...mak, abah terima kasih..abah, Alhamdulillah, anak mu ini dapat tunaikan apa yang dijanjikan. dek ingin ber'GOT' banyak perkara yang menjadi habit telah di tinggalkan sementara. bukan kerana terlalu sibuk atau apa, tapi diri ini lebih suka MIA ketika itu...

menyiapkan diri menempuh hidup selepas habis belajar, bukan sesuatu yang mudah. namun sebagai manusia hidup perlu diteruskan...moga Allah redha..


~bermula sebuah perjalanan dalam fasa baru...~

Tuesday, 22 April 2014

ABAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
selawat dan salam untuk baginda, ahli keluarga, para sahabat sekalian..
alhamdulillah syukur untuk segala ketentuan nikmat dan ujian dariNya.

tika ini, aku sedang lemah..
jatuh lagi..mencari semangat untuk bangkit..
sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tiap kali jatuh
aku sangat susah untuk kembali bangkit dengan lebih bersemangat..
kerana, sumber semangat ku sudah tiada di muka bumi ini..
moga kamu bahagia disamping orang soleh disisi Allah..
aku rindu, rindu sangat.

A DAD IS,.
SOMEONE WHO WANT TO CATCH YOU BEFORE YOU FALL,
BUT INSTEAD PICKS YOU UP,
BRUSHES YOU OFF AND LETS YOU TRY AGAIN..
A DAD IS,.
SOMEONE WHO WANT TO KEEP YOU FROM MAKING MISTAKES,
BUT INSTEAD LET YOU FIND YOUR OWN WAY,
EVENTHOUGH HIS HEART IS BREAKS IN SILENCE,
WHEN YOU GET HURT..
A DAD IS,.
SOMEONE HOLD YOU, WHEN YOU CRY..
SCOLDS YOU WHEN YOU BREAKS THE RULE..
SHINES WITH PRIDE WHEN YOU SUCCEED,
AND HAS FAITH IN YOU,EVEN WHEN YOU FAIL...
 THAT IS A DAD,...
APPRECIATE YOUR DAD..

`~hargai selagi masih ada~

Saturday, 22 March 2014

hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, selawat dan salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda,,..


saat hati makin jauh kepada pencipta,,
tenggelam dalam syurga dunia,,
dunia yang penuh dengan pancaroba,,

saat ini mula mengerti,,
dunia hanya persinggahan sementara,,
hati kekadang lalai dari mengingati,,
kekadang terlalu leka dengan keseronokan duniawi,,
buat insan bernama MANUSIA,,
dirimu ada seketul daging yang bernama hati,,
jika baik akan ia, maka baiklah akan dirimu,
tapi, jika buruk akan ia, maka buruklah dirimu,,

letakkan dunia hanya ditangan mu, kerana dunia sifatnya sementara..
letakkan akhirat sentiasa dihatimu, kerana akhirat itu sifatnya kekal abadi..

~mengharapkan pengakhiran hidup didunia dengan pengakhiran yang baik~

Monday, 10 March 2014

selamat hari lahir sayang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan Salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammmad SAW, ahli keluarga dan sahabat2 baginda. syukur Alhamdulillah untuk segala ketentuan nikmat dan ujian dari Nya..mohon yang terbaik dari Dia agar sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.. 

erti sebuah kehidupan..
lahirmu disambut dengan penuh kegembiraan.
di laungkan azan di iqamah di kedua belah telingamu..
kehadiranmu diharap dapat membahagiakan sebuah keluarga..
angka berubah setiap tahun, umurmu meningkat dan berganjak..
ada apakah pada hari lahir?
semoga peningkatan umurmu selari dengan meter keimanan mu..
meningkat umur, bermakna berkurang masa untuk berjalan dimuka bumi Allah ini. moga kamu terus diredhai Allah..
moga kamu terus kuat sahabat..

hadiah yang tidak seberapa ini untuk kamu :)


Antara perkara yang indah dalam hidupku.. 
Adalah apabila aku cuba mengenali dirimu..
Apabila aku cuba untuk memahami kamu..
Apabila aku cuba untuk merindui kamu.. 

persahabat ini indah, 
aku mengenali dan menyayangi kamu.. 
terlalu banyak yang kau ajari aku, 
memberi semangat tika aku lemah, 
mengatakan sabar tika aku lelah, 

 sahabat, 
selamat hari lahir, 
moga kau semakin mahir, 

Semoga persahabatan ini.. 
sentiasa berada dalam rahmatNya.. 
Semoga kau kekal sabar bersamaku.. 
Semoga aku juga kekal sabar disisimu.. 
Hingga ke syurga.. 
Berpimpin tangan.. 
Bersenda gurau.. 
Tawa gembira.. 
Menyambut salam dariNya.. 
Insya Allah..

~selamat hari lahir makcikkecik, terima kasihn untuk semua kenangan semalam~

Wednesday, 5 March 2014

bangkitlah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat dan Salam kepada junjunan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
alhamdulillah atas segala ketentuan dan ketetapan ujian dan nikmat yang diberi oleh Allah SWT.

andai jalan perjuangan ini bisa dihadiahkan dan dihamparkan permaidani merah, Rasulullah yang paling layak untuk melaluinya. kerana, perjuangan Rasulullah sangat kuat dan hebat. namun, Rasulullah tidak mengeluh, kerana baginda faham akan tanggungjawabnya diutuskan ke dunia sebagai seorang nabi terakhir. betapa bertuahnya diri menjadi umat nabi Muhammad.
ketika berdakwah, pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi Rasulullah, namun, tidak pernah pun baginda mengeluh, baginda bergantung sepenuhnya kepada Allah.

kita hari ini?
bagaimana?

tika dilanda musibah, gelabah tidak menentu.
baru diuji sedikit, menyerah kalah.
ditimpa masalah, mudah melatah..
sedarlah wahai diri, bahawa perjuangan ini tidak mudah kerana syurga Allah itu indah.
pasak teguhkan akidah dan keimanan mu, agar engkau terus kuat dalam mencari keredhaan Pencipta mu.
jangan mudah mengalah, kerana Allah tidak mengajar hambaNya untuk berputus asa.
jangan mudah melatah, sebaliknya lihatlah dengan pandangan positif, kerana mustahil al Rahman, mentakdirkan perkara yang sia-sia..
jangan mudah gelabah, ambil masa berfikir...
jika hari ini kita lemah, mintalah agar diberi kekuatan,
jika hari ini kita takut, mintalah untuk menjadi berani,
jika hari ini kita gembira, mintalah agar kita sentiasa bersederhana.
jika hari2 kita mengingati Allah, pasti tenang kehidupan kita..
bergantunglah sepenuhnya pada yang tidak mati, kerana Allah itu kekal abadi.
teruslah melangkah, walau terlihat sumbang,
teruslah berjalan, walau terkadang tumbang,
teruskanlah, kerana engkau bukan pembuka..
dan engkau bukan penutup..
yang pastinya, engkau adalah penyambung..
penyambung kepada jalan cinta Rasulullah.


~letakkan dunia hanya ditangan mu, bukan di hati mu~

Sunday, 2 March 2014

makcikkecik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

"maaf selalu menyusahkan"
"sori, saya memang teruk pun"
"ala, maaf sgt2 saya tak reti"
"saya ni teruk, selalu menyusahkan je..saya xdapat balas pun pe yang awak buat kat saya"
"kenapa layan saya baik sangat, saya ni teruk..jangan baik sangat.."

sahabat, erti persahabatan itu sendiri lebih dari indah andai kau benar2 tahu. sungguh aku sayang kamu kerana Allah..dan kerana Allah juga kau menjadi sahabatku. didunia ni, persahabatan ini, buka milik kamu bukan juga milik aku. tapi, ianya milik Allah, kerana Dia mengatur segalanya. Allah susun sangat cantik. 

sahabat,
jangan engkau pernah rasa aku susah kerana membantu kamu, 
kerana saat aku membantu kamu, itu saat bahagiaku. 
sahabat,, 
jangan engkau berasa dirimu teruk..
kerana segala ciptaan Allah itu, punya kelebihan dan kelemahan
sahabat,,
tiap perkara yang aku lakukan untuk kamu, 
tiada satupun yang aku mahukan balasan. 
sungguh, segalanya kerana Allah...
sahabat,
kamu cukup istimewa, 
kerana hadirmu, membawa berita gembira.
hadirmu, menguatkan langkahan kaki..
hadirmu, mengajar erti kesabaran yang tinggi. 
hadirmu, membuang segala kejahatan diri.
sahabat, 
diri ini terlalu hina, 
namun engkau mengajar,
mengajar dengan cara mu,
sahabat,
dalam perjalanan ini, aku perlu kamu..
sebagai sahabat yang sentiasa mendoakan diri..
kerana bersama kamu,
aku sentiasa mengingati Allah. 
bercakap denganmu, kita berbicara tentang kebesaran Allah..
sahabat,
andai diri ini rebah,
aku mohon, doakan aku, tariklah aku..

~ jika mahu mempunyai sahabat, jadilah seorang sahabat.~

Saturday, 1 March 2014

BULATAN ITU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

"dakwah itu cinta...dan cinta itu menuntut seluruhnya dari hidup kamu"...ayat yang ringkas, perkongsian seorang sahabat dalam suatu perjumpaan bulatan gembira kami..
ayat itu, ayat itu datang menjengah ke dasar ingatan ku.. lantas aku tersenyum tawar..mampukah aku..
"siapa kita untuk menentu mampu atau tidak"...ayat seorang sahabat yang berusaha mengembalikan semangat sahabatnya yang kian hilang. hilang ditelan kesibukan dunia.
ayat ini, ayat ini menendang ke dasar hati..

semua itu kenangan. kenangan indah yang di perolehi dalam bulatan gembira..
apakah bulatan gembira itu? makhluk seperti apakah ia?
bulatan gembira adalah nama lain bagi usrah. usrah pula membawa maksud keluarga. dan ia betul-betul memberi kesann dihati kecil ini. asal diriku, aku bukanlah orang yang mudah menerima semua ini, namun teguran dari Allah menyedarkan aku.

kehidupan berubah sedikit demi sedikit hinggalah sekarang. mulanya aku berminat dengan usrah ini kerana mereka yang memandu kumpulan kecil ini sangat baik hati. usrah yang mendidik diri ini sebegini, usrah mengajar aku memandang kehidupan dari aspek tarbiyah. tarbiyah ialah didikan berterusan yang mendekatkan aku dengan Allah. setiap detik kehidupan ini adalah tarbiyah. setiap masa aku harus sedar yang aku dipantau dan ditarbiyah, walaupun suka duka menemani kehidupan aku..dan tarbiyah ini mendekatkan aku dengan Allah walaupun terkadang kaki ini merasa lemah, namun aku harus kuat.

dengan izin Allah, kini aku diberi amanah menjalankan usrah dengan adik2 junior ku, mereka sangat teruja dengan pertemuan pertama kami. alhamdulillah Allah menyusun segalanya dengan cukuo kemas dan cantik..adik2 ini, aku layan dan dekati sama seperti adik2 ku, cuma bezanya pertemuan kami, adalah terancang. orang nampak kami berkumpul dan bersembang, namun orang tidak tahu sebenarnya kami sedang membina kekuatan iman dan islam dalam diri kami semua. dan aku, tentulah cukup gembira melihat adik2 bulatan gembiraku bertukar cerita kehidupan demi mengagungkan Allah..

namun, setiap mereka yang mengatakan beriman, tidak akan dibiarkan tanpa ujian.. ujian datang menjengah. mencari semangat usrah yang hilang..mencari semangat dakwah yang kian lesu.. kerana itu, aku perlu sahabat..tika segalanya nampak lemah dan letih, Allah hadirkan sahabat untuk menyampaikan semangat dan meniupkan kata2 kekuatan. "dakwah itu cinta,.dan cinta menuntut segalanya dari hidup kamu".. jadi bersedialah untuk berkorban demi cinta.. perlunya seorang teman untuk menjadi medium untuk menyampaikan semangat yang datangnya dari Allah..

moga terus kuat dan gembira dalam bulatan kecil dan bulatan gembira masing-masing. sungguh, hidup ini semakin sukar kerana kehidupan dicipta bukan untuk berehat.

suatu masa dahulu...
murabbi setia menyua, tapi aku tegas menolak...namun sekarang, aku sudah mampu menyeru "sahabat, mari kita duduk dan beriman selamanya...sungguh usrah itu indah.

apakah bekalan yang dibawa untuk bertemu Pencipta, andai ajal menjemput kita dalam masa yang dekat ini

Thursday, 27 February 2014

CUKUPLAH ALLAH BAGI KAMI SEMUA...

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat. Syukur Alhamdulillah atas segal nikmat dan ketentuan dari Allah. 

kian hari, kehidupan semakin rumit. tanggungjawab semakin banyak. bukan hanya sekadar pelajar, kita juga punya tanggungjawab sebagai seorang anak, kakak, adik, sahabat dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. segala tanggungjawab itu menuntut diri membahagi masa dengan sangat baik, kerana jika masa tidak mampu dijaga segalanya akan menjadi sukar. sedarkah kita di sebalik jarum jam yang berdetik itu, tersimpan rapi sesuatu yang indah? ianya bukan hanya sekadar jarum saat yang taat bergerak, namun di sebaliknya jika kita hargai tersembunyi satu keberkatan, keberkatan masa..yang hanya diketahui oleh Allah.

kehidupan menuntut manusia untuk menyusun segala aktiviti harian, merancang satu demi satu perkara yang akan dilakukan. namun sedar atau tidak manusia, kita merancang, Allah juga merancang..dan ketahuilah perancang yang terbaik adalah Allah.. kerana Dia merancang dengan cinta sedang manusia merancang hanya dengan cita-cita. jadi, usah merungut, usah merasa sedih atau mengeluh jika perancangan kita tidak menjadi, kerana mustahil Allah mengizinkan suatu perkara yang terjadi itu sia-sia. jadi, cari lah hikmah disetiap peristiwa yang terjadi.

mari sama-sama renungkan ayat ini...

'jika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan. Jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata. Dunia boleh buat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah. Jika Allah mengatur untuk kita, apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberi keuntungan, yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka, tetapi allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan. 
lihatlah dunia ini, kekadang manusia, dia hilang sesuatu benda daripada dunia, kekadang macam dia hilang segala-galanya. ketika ditimpa keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya, tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.'

jadi mengapa kita manusia hanya kembali kepada pencipta ketika kita susah, ketika kita bermasalah, sedang Allah itu sentiasa ada. sentiasa menanti rintihan dan permintaan hambaNya.

HasbunAllah wanikmalwakil...
cukuplah bagi kami Dia, dan Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan.

~hanya Allah tempat mengadu dan hanya Allah tempat bergantung~

Monday, 24 February 2014

UJIAN vs SABAR

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. 
Selawat dan Salam keatas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat..
Alhamdulillah atas segala ketentuan nikmat dan ujian yang diberikanNya..

Allah yang beri kita rezeki dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula. Tiada sesuatu pun diatas muka bumi kita ni milik kita, semuanya kepunyaan Allah. Duit simpanan kita, dalam akaun bank kita, dalam poket kita mahupun dalam beg duit kita belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila masa aja kita mungkin kehilangannya. Andai di takdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepadaNya dengan tangan yang kosong. Kerana segalanya milik Allah, sedang kita tidak punya apa-apa. Semua yang kita miliki tika ini hanyalah pinjaman semata. dan Dia berhak keatas segalanya. 

Allah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 28 yang bermaksud : 
" dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian, sesungguhnya Allah pada sisiNya itu adalah ganjaran yang besar. "

Dan kita sebagai manusia, apabila diuji apakah respon kita?
Melentingkanh kita? Melatahkah kita? Atau mengalahkah kita?
Wahai manusia, apabila diuji bersabarlah.. dan tersenyumlah. 




Sesungguhnya musibah datang dalam pelbagai cara. Kadang hadirnya dalam bentuk kesenangan hingga mengalpakan, kadang hadirnya dalam bentuk kesempitan hingga meranalah manusia. Ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya. 
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap ujia tersebut.? apakah kita menerima ujian itu dengan hati terbuka, berlapang dada dan kembali memuhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian? 

Seharusnya sebagai seorang Islam yang celik hati, kita menerima ujian dan musibah itu sebagai tanda kasih sayang Allah kepada diri. mengajar erti bersabar da bersyukur diatas segala ketentuan Allah.
bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar. Disaat dilanda masalah, Allah menyuruh manusia untuk sabar dan solat.

Sepertimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 153 :
" wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allaj) dengan sabar dan solat. sungguh, Allah beserta orang-orang yang bersabar"

bersabarlah wahai hati. yakinlah bawaha Allah sentiasa ada bersamamu, bila dikurniakan ujian, hadapilah segalanya dengan tabah.. moga terus kuat dan terus tersenyum dalam menghadapi perjalanan kehidupan seagai seorang hamb yang tidak punya apa-apa, kecuali segalanya dipinjamkan oleh Allah. 


~MOHONLAH PERTOLONGAN DARI ALLAH DENGAN SABAR DAN SOLAT~


Sunday, 23 February 2014

PERJALANAN

"hidup ini
adalah keyakinan dan perjuangan,
dan perjuangan mukmin yang sejati
tidak akan berhenti kecuali
kedua tapak kakinya
telah menginjak pintu syurga"
[imam Ahmad bin Hanbal]




aku seorang pengembara
yang mengembara di muka bumi Allah..
aku pengembara yang miskin dengan ilmu
akan aku mengembara 
keseluruh pelosok dunia 
demi mencari ilmu dan keredhaan tuhan yang satu..
pengembaraan ku adalah pengembaraan
seorang hamba mencari Allah.. 
demi mendapat keredhaan di dunia dan akhirat..