Wednesday, 28 October 2015

write something....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Selawat dan Salam atas Baginda Rasulullah SAW dan ahli keluarga..


eager to write something....
but not everything can be written...

tersenyumlah,
kerana senyum itu sedekah
senyumlah
kerana senyum itu penawar duka
senyumlah...
kerana senyum itu terapi buat hati...
senyumlah,,.
kerana ia akan sorokkan banyak cerita...




Thursday, 8 October 2015

mOOdy


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Selawat dan Salam atas Baginda Nabi Muhammad SAW, ahli kelurga dan para sahabat.
Alhamdulillah syukur atas nikmat dan ujian dari Allah, tanda kasih dan sayang Pencipta kepada hambaNya.

Lama hilang, tiba-tiba muncul..
maksudnya, aku masih lagi hidup..
diam ku bukan bererti aku menghilangkan diri, tapi diam ku ertinya mencari sesuatu..

moody - tajuk yang di pilih....
kerana suasana tempat keje yang sangat tegang tika ini..haha
............................................................................................................................................................

QA: wa, kenapa ko masam je rini? senyap je..
CHEMIST : xde pe.. saje, aku senyum je, ko yang x nmpk..
QA: wa. ko gadoh dengan buah hati ke? sbb tu eh masam muka
CHEMIST: (dengan muka pelik) Ko rasa gadoh dengan pakwe tu sebab y besar utk aku masam muka. sikit aku xhairan setakat gadoh dengan pakwe..
QA: ye la wa, ko blh tipu org lain..aku xpyh la..pompuan ni kalo gadoh dengan pakwe je masam mencuke..kene ayat sikit jap lgi cair la..
CHEMIST: ....(diam lagi baik pada layan dia ni)

.............................................................................................................................................................
ada perkara yang lebih besar dalam hidup aku terjadi daripada bergaduh dengan pakwe. ada perkara yang berlaku yang membuatkan bibir ni sangat sukar utk menggariskan senyuman. ada perkara yang terjadi yang membuatkan diri ini memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat, hujan bukan di luar kereta namun hujan di dalam kereta. ada sebab yang lebih besar dari pada bergaduh dengan pakwe untuk semua benda yang jadi pada hari itu. sungguh, aku bukan perempuan yang jenis kau katakan. aku belum pernah tersentuh untuk perkara yang melibatkan pakwe kerana,..aku mencari suami, bukan pakwe..
.............................................................................................................................................................
jangan mudah menilai, kerana kau tak tahu betapa susahnye dia untuk bangkit selepas kecewa.
jangan mudah menyamakan kerana kau tak tahu betapa berbezanya setiap manusia.
jangan mudah mempersenda kerana kau tak tahu betapa pecah dan berkecainya hati dia tika kau berbual dengan nya
jangan mudah bersangka sebegitu...kerana dia perlu untuk senyap dan diam demi menjaga hati kau dan hati semua org kelilingnya sedang dia menanggung sakitnya dihati...
...............................................................................................................................................................
Demi sesuatu yang dinamakan keluarga, hari ini dia ke tempat kerja dengan hati yang kecewa..bukan kecewa pada sesiapa, tapi pada dirinya..kerana, die gagal lagi..
Demi sebuah janji yang pernah termetrai tanpa dia rela, kini dia menanggung sakit seorang diri...dan hanya dia yang tahu
Demi menjaga kebajikan semua. dialah yang sering tersepit dan terkapit
Demi membina semula keluarga bahagia yang penuh dengan kasih sayang, dia sanggup korbankan dirinya..
ya, aku akan usahakan...
............................................................................................................................................................
kalian, kalian yang di luar sana...yang hadir atas alasan apa pun kedalam kehidupan kami...
ketahuilah...
kalian boleh berkata apa saja kepada aku, tapi tidak keluarga ku..
kalian boleh fitnah apa saja yang kalian suka, tapi jangan sesekali menyebarkan fitnah kepada keluarga ku..
kalian bisa menyakiti aku, tapi tidak kepada adik beradik ku..
kalian bisa memaki aku,. aku pinta jangan di maki keluarga ku...
kerana,..
mereka kekuatan ku, mereka juga kelemahan ku..
mereke kegembiraan ku, mereka juga kesedihan ku..

akan aku usaha untuk menjaga mereka yang aku sayang...

.: keluarga ku lebih penting dari harta yang menimbun, kerana hanya itu yang ditinggalkan oleh abahku:.

Wednesday, 22 July 2015

rindu




Ayah aku rasa sunyi

sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini


Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
Tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini

Di pagi raya
kupohonkan kemaafan
keinsafan
Ku doakan agar rohmu
Dicucuri rahmat Ilahi
Oh Ayah...

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha
apa yang mendatang

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merindui mu.... 


Friday, 3 July 2015

BERSAWANG...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. 
Selawat dan Salam atas baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.
Alhamdulillah syukur untuk setiap nikmat dan ujian dari Allah, tanda kasih dan sayang kepada semua hambaNya. 

***********
bersawangnya blog, lama tidak di update. 

bukan kerana kesuntukan masa, kerana semua manusia di berikan 24 jam, tiada seorang pun lebih seminit dan tiada juga yang kurang sesaat. semuanya sama 24jam. 

bukan dek kerana tiada idea atau cerita, kerana selagi kehidupan berjalan, selagi itu ad sesuatu untuk di kongsi. namun aku hanya insan biasa, penulisan ini mungkin terlalu kecil, andai ad y sesuai untuk diambil, maka ambil la. andai tiada, jadikan sahaja sebagai bahan bacaan mengisi masa lapang.

bersawangnya blog ni dek diri di uji untuk menjadi lebih kuat. ujian demi ujian membuatkan diri berhenti dan berdiam diri. 
berhenti ku bukan untuk selamanya, tapi untuk berehat seketika. 
diam ku bukan bermakna aku kalah dan mngalah, diam ku mencari kekuatan demi meneruskan perjalanan. 

harapan, agar diri ini masih mampu meneruskan kehidupan sebagai seorang yang positif. 

kata seorang sahabat, " kak, ujian tu untuk orang yang kuat kak. xkn nk mengalah macam tu je. selak2 la sikit, nanti jumpa la hikmah." 

makanya, sebagai manusia, kita kene belajar redha..amik masa untuk menerima sesuatu yang terjadi dengan redha. yup, kite perlu amik masa, kerana kita bukan wali yang boleh menerima dengan redha sesuatu perkara. berehatlah, tapi jangan terlalu lama. kerana, mungkin kau terlalu lemah jika berehat terlalu lama. 

.: mengharap redha dan rahmat Allah, usahalah :.

Thursday, 12 February 2015

MEMAKNAI 'UKHWAH KERANA ALLAH'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.




"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya (sahabatnya) didalam doanya..." {IMAM AL-GHAZALI)

Monday, 19 January 2015

sakit itu kifarah dosa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.

"pernah dapat rawatan disini?"
anggukan lemah sebagai jawapan.
"personal ke under company?"(panel)
company...jawabnya lemah
.....................................................................
"bapa hari sakit ni?"
4 hari..
"kenapa baru datang harini?"
=)
"cam da teruk ni, awak perlu ambil antibiotik"
=) (sy xnak)
.....................................................................
"saya da periksa awak, something maybe not right in there (sambil tangan dia menunjukkan ke tempat yang sakit dan di periksa tadi). Hanani, you must come again, u need the treatment..3 4 hari lagi kalo makin teruk, awak datang ye. kalo makin baik, bila awak rs nk d rawat dan dah sedia, datang la"
=) baik doktor, terima kasih...

Sebagai Insan yang bermastautin dibumi Allah, kita tidak akan terlepas daripada musibah yang berupa kesakitan.  Maklumlah kita insan yang lemah, terkadang lalai, dan melakukan dosa. Dosa adalah sesuatu yang menjauhkan kita dari Allah. Jadi, kesakitaan adalah salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa kita.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

.: Selamat menjaga diri, jangan nafikan hak diri sendiri :.


Monday, 12 January 2015

kerana ia adalah akibat dari IMAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.


“Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu bermasyarakat dan berpuak-puak, agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang termulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya.”

Al-Hujurat ,12

“Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?” tanya seorang sahabat kepada saya.

“Mencintaimu kerana Allah,” ringkas jawapan saya.

Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.

“Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya.

Aku hanya diam dan berfikir sendiri. Tersenyum dan kemudian membiarkan sahabatku meneruskan tuturnya.
kerana bagi aku...


"Di jalan Allah
Persahabatan ini bukan milikku
dan
Bukan jua milikmu
Persahabatn ini adalah perancangan daripada Allah
yang mengetahui segala rahsia
Kerana DIA lah aku mengenalimu
dan
Kerana DIA juga telah menetapkan ukhuwah itu
pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang
Semuanya kerana Allah
Sungguh
Bukan kerana selain daripada Nya..."

dan aku faham maknanya, ukhwah dan menyayangi..

.:Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat:.