Tuesday, 11 November 2014

JIWA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.


JIWA....

IMAN...

UKHWAH...

Apakah kaitan antara 3 perkataan diatas?
Apakah yeng tergambar dalam kotak minda kita dek kerana menyebut 3 perkara ini...

Aku bahagia, gembira dan bersyukur mempunyai sahabat.
Jiwa ku menjadi tenang dan lapang.

Bukanlah sahabat itu orang yang sentiasa mengisi kekosongan jiwa.

Namun, sahabat yang solehah itu sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, meskipun tidak semestinya dengan kata-katanya, walau dengan hanya melihat wajahnya sahaja.

Kekosongan jiwa hanya boleh diisi dengan iman.
Ya, iman punya banyak cabangnya. Salah satu cabang iman ialah...(cuba untuk fikirkan?)

Ukhuwah itu sebahagian daripada iman, bukan?
Jadi, ukhuwah itu sendiri melengkapkan lompang-lompang yang ada dalam jiwa kita.

Oleh sebab itu, orang yang berbicara atas nama ukhuwah, namun gagal mewujudkan dalam praktikal pergaulanya dengan sahabat, maka itu bukanlah ukhuwah.

Yang harus kita rasai adalah sahabat kita itu pelengkap jiwa kita. Mana mungkin jika dia pelengkap jiwa, dia akan kita sakiti.

Ukhuwah itu sebenarnya, jalan menuju syurga.

Jadi, agak tidak adil andai ia dicemari dengan sangkaan-sangkaan buruk, hasad dengki dan sebagainya, yang menunjukkan jalan ke neraka.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah di antara keduanya dan bertakwalah kepada Allah moga-moga kamu beroleh rahmat”

Ukhuwah itu ada hubungan dengan IMAN
Ukhuwah itu ada kaitan dengan TAKWA
Ianya, bukan urusan kecil, kerana ianya merupakan rahmat Allah yang besar. Rahmat yang akan membawa ke syurga.
Memelihara dan menjaga ukhuwah itu perlu kerana ianya sama menjaga nikmat dan rahmat dari Allah.

Makanya, marilah sama-sama menjaga ukhuwah yang terbina sebaiknya, moga ia menjadi slaah satu sebab kita ke syurga.


Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment