Selawat dan Salam kepada junjunan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
alhamdulillah atas segala ketentuan dan ketetapan ujian dan nikmat yang diberi oleh Allah SWT.
andai jalan perjuangan ini bisa dihadiahkan dan dihamparkan permaidani merah, Rasulullah yang paling layak untuk melaluinya. kerana, perjuangan Rasulullah sangat kuat dan hebat. namun, Rasulullah tidak mengeluh, kerana baginda faham akan tanggungjawabnya diutuskan ke dunia sebagai seorang nabi terakhir. betapa bertuahnya diri menjadi umat nabi Muhammad.
ketika berdakwah, pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi Rasulullah, namun, tidak pernah pun baginda mengeluh, baginda bergantung sepenuhnya kepada Allah.
kita hari ini?
bagaimana?
tika dilanda musibah, gelabah tidak menentu.
baru diuji sedikit, menyerah kalah.
ditimpa masalah, mudah melatah..
sedarlah wahai diri, bahawa perjuangan ini tidak mudah kerana syurga Allah itu indah.
pasak teguhkan akidah dan keimanan mu, agar engkau terus kuat dalam mencari keredhaan Pencipta mu.
jangan mudah mengalah, kerana Allah tidak mengajar hambaNya untuk berputus asa.
jangan mudah melatah, sebaliknya lihatlah dengan pandangan positif, kerana mustahil al Rahman, mentakdirkan perkara yang sia-sia..
jangan mudah gelabah, ambil masa berfikir...
jika hari ini kita lemah, mintalah agar diberi kekuatan,
jika hari ini kita takut, mintalah untuk menjadi berani,
jika hari ini kita gembira, mintalah agar kita sentiasa bersederhana.
jika hari2 kita mengingati Allah, pasti tenang kehidupan kita..
bergantunglah sepenuhnya pada yang tidak mati, kerana Allah itu kekal abadi.
teruslah melangkah, walau terlihat sumbang,
teruslah berjalan, walau terkadang tumbang,
teruskanlah, kerana engkau bukan pembuka..
dan engkau bukan penutup..
yang pastinya, engkau adalah penyambung..
penyambung kepada jalan cinta Rasulullah.
~letakkan dunia hanya ditangan mu, bukan di hati mu~
No comments:
Post a Comment