Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.
"pernah dapat rawatan disini?"
anggukan lemah sebagai jawapan.
"personal ke under company?"(panel)
company...jawabnya lemah
.....................................................................
"bapa hari sakit ni?"
4 hari..
"kenapa baru datang harini?"
=)
"cam da teruk ni, awak perlu ambil antibiotik"
=) (sy xnak)
.....................................................................
"saya da periksa awak, something maybe not right in there (sambil tangan dia menunjukkan ke tempat yang sakit dan di periksa tadi). Hanani, you must come again, u need the treatment..3 4 hari lagi kalo makin teruk, awak datang ye. kalo makin baik, bila awak rs nk d rawat dan dah sedia, datang la"
=) baik doktor, terima kasih...
Sebagai Insan yang bermastautin dibumi Allah, kita tidak akan terlepas daripada musibah yang berupa kesakitan. Maklumlah kita insan yang lemah, terkadang lalai, dan melakukan dosa. Dosa adalah sesuatu yang menjauhkan kita dari Allah. Jadi, kesakitaan adalah salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa kita.
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
.: Selamat menjaga diri, jangan nafikan hak diri sendiri :.