Wednesday, 19 November 2014

SITI FATIMAH RA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.

Dalam kehidupan seharian kita,
siapa yang paling kita ingat?
siapa yang paling kita rapat?
siapa yang kita sayang?
siapa yang boleh mempengaruhi diri kita?
**sama2 fikir, sama2 lihat
semua insan dalam dunia ni, punyai insan kesayangan, punyai role model, punyai insan impian dan sudah tentunya, insan itu sangat mempengaruhi kehidupan kita..


...................................................................................................................................................................

ini sebuah kisah buat kita semua....  


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Terhibur hatinya, tersenyumlah baginda.

Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi dan disayangi oleh junjungan Nabi Muhammad SAW selepas kewafatan isterinya yang sangat dicintai, Siti Khadijah.

Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat. Kekasih hati dan kesayangan Baginda.

Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan. Bukan juga yang menjanjikan kekayaan harta dunia. Ini  kerana Saidina Ali merupakan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikapnya, dia seorang yang sangat patuh dan menyenangkan.

Sentiasa tersenyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.

Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, Sayyidina Ali memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah. Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.

"Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya

Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.

Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.

Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.

Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah SAW bersabda :

"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya

Tuesday, 11 November 2014

JIWA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.


JIWA....

IMAN...

UKHWAH...

Apakah kaitan antara 3 perkataan diatas?
Apakah yeng tergambar dalam kotak minda kita dek kerana menyebut 3 perkara ini...

Aku bahagia, gembira dan bersyukur mempunyai sahabat.
Jiwa ku menjadi tenang dan lapang.

Bukanlah sahabat itu orang yang sentiasa mengisi kekosongan jiwa.

Namun, sahabat yang solehah itu sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, meskipun tidak semestinya dengan kata-katanya, walau dengan hanya melihat wajahnya sahaja.

Kekosongan jiwa hanya boleh diisi dengan iman.
Ya, iman punya banyak cabangnya. Salah satu cabang iman ialah...(cuba untuk fikirkan?)

Ukhuwah itu sebahagian daripada iman, bukan?
Jadi, ukhuwah itu sendiri melengkapkan lompang-lompang yang ada dalam jiwa kita.

Oleh sebab itu, orang yang berbicara atas nama ukhuwah, namun gagal mewujudkan dalam praktikal pergaulanya dengan sahabat, maka itu bukanlah ukhuwah.

Yang harus kita rasai adalah sahabat kita itu pelengkap jiwa kita. Mana mungkin jika dia pelengkap jiwa, dia akan kita sakiti.

Ukhuwah itu sebenarnya, jalan menuju syurga.

Jadi, agak tidak adil andai ia dicemari dengan sangkaan-sangkaan buruk, hasad dengki dan sebagainya, yang menunjukkan jalan ke neraka.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah di antara keduanya dan bertakwalah kepada Allah moga-moga kamu beroleh rahmat”

Ukhuwah itu ada hubungan dengan IMAN
Ukhuwah itu ada kaitan dengan TAKWA
Ianya, bukan urusan kecil, kerana ianya merupakan rahmat Allah yang besar. Rahmat yang akan membawa ke syurga.
Memelihara dan menjaga ukhuwah itu perlu kerana ianya sama menjaga nikmat dan rahmat dari Allah.

Makanya, marilah sama-sama menjaga ukhuwah yang terbina sebaiknya, moga ia menjadi slaah satu sebab kita ke syurga.


Wallahu'alam...

Friday, 7 November 2014

DIAM KU KERANA....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH
SELAWAT DAN SALAM ATAS BAGINDA RASULULLAH SAW, AHLI KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA.
KETENTUAN DAN KETETAPAN UNTUK DIRI KITA MANUSIA, SEMUANYA AKAN DISOAL SUATU MASA NANTI, BERSEDIAKAH KITA.?

diam ku kerana?
diam ku mengumpul kekuatan
diam ku belajar memaafkan
yang aku pasti,
diam ku bukan kerana aku kalah,
namun aku pasrah
aku juga pasti,
diam ku bukan kerana membenci
tetapi mengumpul kemaafan dihati.


Ketika kita mengeluh : “Ah, tak mungkin la..”
Allah SWT menjawab : “Jika AKU menghendaki,cukup Ku berkata “Jadi”,maka jadilah"

Ketika kita mengeluh : “Beratnya dugaan ni, beratnya ujian ini,dah x sanggup dah..”
Allah SWT menjawab : “AKU tidak membebani seseorang,melainkan sesuai kesanggupan”

Ketika kita mengeluh : “serabutnya,serabut,serabut...”
Allah SWT menjawab : “Hanya dengan mengingatKu hati akn menjadi tenang”

Ketika kita mengeluh : “aku sedihh sangat...”
Allah SWT menjawab : “La Tahzan,Innallaha Ma’ana.Janganlah kamu berduka cita,sesungguhnya Allah bersama dengan kita"

Sesungguhnya Allah S.W.T tahu hatimu perit menahan luka..
Allah mendengar doa-doa dan tangisanmu meminta..
Namun bukan kerana DIA tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya..
Tetapi sebenarnya DIA sedang memberikanmu yang terbaik..
walau kamu sebenarnya yang tidak menyedari..
Bukan senang untuk redha dan pasrah..
Hati perlu kuat dan tabah..
Yang pasti, "setiap yang berlaku ada hikmah"



~pasak teguhkan akidah mu, untuk terus mencari keredhaan Dia~






Wednesday, 5 November 2014

suka

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan Salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat Alhamdulillah syukur atas segala nikmat, Alhamdulillah syukur untuk segala ketentuan ujian. sungguh, ujian dan nikmat tanda sayang pencipta kepada hambaNya.

ramai individu atas muka bumi ni, punya lagu kegemaran,
ini bukan lagu kegemaran ku
tapi, ini lagu yang ditujukan khas buat insan istimewa itu,
syg, lagu ni untuk kamu...
sahabat ku, aku sayang kamu

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.