Wednesday, 22 July 2015

rindu




Ayah aku rasa sunyi

sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini


Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
Tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini

Di pagi raya
kupohonkan kemaafan
keinsafan
Ku doakan agar rohmu
Dicucuri rahmat Ilahi
Oh Ayah...

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha
apa yang mendatang

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merindui mu.... 


Friday, 3 July 2015

BERSAWANG...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. 
Selawat dan Salam atas baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.
Alhamdulillah syukur untuk setiap nikmat dan ujian dari Allah, tanda kasih dan sayang kepada semua hambaNya. 

***********
bersawangnya blog, lama tidak di update. 

bukan kerana kesuntukan masa, kerana semua manusia di berikan 24 jam, tiada seorang pun lebih seminit dan tiada juga yang kurang sesaat. semuanya sama 24jam. 

bukan dek kerana tiada idea atau cerita, kerana selagi kehidupan berjalan, selagi itu ad sesuatu untuk di kongsi. namun aku hanya insan biasa, penulisan ini mungkin terlalu kecil, andai ad y sesuai untuk diambil, maka ambil la. andai tiada, jadikan sahaja sebagai bahan bacaan mengisi masa lapang.

bersawangnya blog ni dek diri di uji untuk menjadi lebih kuat. ujian demi ujian membuatkan diri berhenti dan berdiam diri. 
berhenti ku bukan untuk selamanya, tapi untuk berehat seketika. 
diam ku bukan bermakna aku kalah dan mngalah, diam ku mencari kekuatan demi meneruskan perjalanan. 

harapan, agar diri ini masih mampu meneruskan kehidupan sebagai seorang yang positif. 

kata seorang sahabat, " kak, ujian tu untuk orang yang kuat kak. xkn nk mengalah macam tu je. selak2 la sikit, nanti jumpa la hikmah." 

makanya, sebagai manusia, kita kene belajar redha..amik masa untuk menerima sesuatu yang terjadi dengan redha. yup, kite perlu amik masa, kerana kita bukan wali yang boleh menerima dengan redha sesuatu perkara. berehatlah, tapi jangan terlalu lama. kerana, mungkin kau terlalu lemah jika berehat terlalu lama. 

.: mengharap redha dan rahmat Allah, usahalah :.