Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat. Syukur Alhamdulillah atas segal nikmat dan ketentuan dari Allah.
kian hari, kehidupan semakin rumit. tanggungjawab semakin banyak. bukan hanya sekadar pelajar, kita juga punya tanggungjawab sebagai seorang anak, kakak, adik, sahabat dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. segala tanggungjawab itu menuntut diri membahagi masa dengan sangat baik, kerana jika masa tidak mampu dijaga segalanya akan menjadi sukar. sedarkah kita di sebalik jarum jam yang berdetik itu, tersimpan rapi sesuatu yang indah? ianya bukan hanya sekadar jarum saat yang taat bergerak, namun di sebaliknya jika kita hargai tersembunyi satu keberkatan, keberkatan masa..yang hanya diketahui oleh Allah.
kehidupan menuntut manusia untuk menyusun segala aktiviti harian, merancang satu demi satu perkara yang akan dilakukan. namun sedar atau tidak manusia, kita merancang, Allah juga merancang..dan ketahuilah perancang yang terbaik adalah Allah.. kerana Dia merancang dengan cinta sedang manusia merancang hanya dengan cita-cita. jadi, usah merungut, usah merasa sedih atau mengeluh jika perancangan kita tidak menjadi, kerana mustahil Allah mengizinkan suatu perkara yang terjadi itu sia-sia. jadi, cari lah hikmah disetiap peristiwa yang terjadi.
mari sama-sama renungkan ayat ini...
'jika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan. Jika Allah uruskan urusan kita, dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun sekelip mata. Dunia boleh buat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah. Jika Allah mengatur untuk kita, apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberi keuntungan, yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka, tetapi allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.
lihatlah dunia ini, kekadang manusia, dia hilang sesuatu benda daripada dunia, kekadang macam dia hilang segala-galanya. ketika ditimpa keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya, tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.'
jadi mengapa kita manusia hanya kembali kepada pencipta ketika kita susah, ketika kita bermasalah, sedang Allah itu sentiasa ada. sentiasa menanti rintihan dan permintaan hambaNya.
HasbunAllah wanikmalwakil...
cukuplah bagi kami Dia, dan Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan.
~hanya Allah tempat mengadu dan hanya Allah tempat bergantung~
