Monday, 12 January 2015

kerana ia adalah akibat dari IMAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Selawat dan Salam kepada junjungan tinggi Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur atas segala ketentuan nikmat dan ketetapan ujian dariNya buat kita yang bergelar hamba.


“Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu bermasyarakat dan berpuak-puak, agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang termulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya.”

Al-Hujurat ,12

“Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?” tanya seorang sahabat kepada saya.

“Mencintaimu kerana Allah,” ringkas jawapan saya.

Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.

“Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya.

Aku hanya diam dan berfikir sendiri. Tersenyum dan kemudian membiarkan sahabatku meneruskan tuturnya.
kerana bagi aku...


"Di jalan Allah
Persahabatan ini bukan milikku
dan
Bukan jua milikmu
Persahabatn ini adalah perancangan daripada Allah
yang mengetahui segala rahsia
Kerana DIA lah aku mengenalimu
dan
Kerana DIA juga telah menetapkan ukhuwah itu
pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang
Semuanya kerana Allah
Sungguh
Bukan kerana selain daripada Nya..."

dan aku faham maknanya, ukhwah dan menyayangi..

.:Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat:.


No comments:

Post a Comment